Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
Nvidia dilapor sekat penghantaran pelayan AI ke Malaysia, Singapura, Thailand dan IndonesiaNUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakan

Hans Isaac, 55, umum bakal berkahwin dengan Francisca Luhong, 31

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau akan mengakhiri zaman bujang dengan bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James, tidak lama lagi.

Hans, 55, berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran Instagram pada Isnin, bersama gambar jari Francisca yang dihiasi cincin pertunangan.

“SHE SAID…….YES! Forever with my favourite person,” tulisnya pada kapsyen hantaran itu.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu berkata keputusan mengahwini Francisca merupakan keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

“To forever with you, my Kayan/Iban soon to be wife. Best decision I’ve made and she said yes. She’s stuck with me now,” katanya.

Francisca, 31, yang lahir di Kuching, ialah model dan pemenang pertandingan ratu cantik yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Dalam nada berseloroh, Hans berkata pengumuman itu akhirnya menamatkan soalan yang kerap ditujukan kepadanya tentang status perkahwinan.

“No more ‘Hans, when are you getting married?’” katanya.

TopikHans IsaacFrancisca LuhongFinas

Foto: MeleTOP / Wikimedia Commons (CC BY 3.0)

Berita berkaitan