Jumaat, 27 November 2026
TERKINI
NUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandarSembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakan

NUTP gesa kerajaan beri insentif lebih baik supaya guru sanggup berkhidmat di luar bandar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa kerajaan memberi insentif lebih baik bagi menggalakkan guru berkhidmat di kawasan luar bandar.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, berkata insentif itu harus setimpal dengan pengorbanan guru, terutama mereka yang terpaksa berjauhan daripada keluarga untuk tempoh lama dan menanggung kos tambahan untuk berpindah.

Menurut beliau, pelaksanaan BIW pada kadar tetap mengikut gred perkhidmatan menyebabkan penjawat awam keberatan menerima penempatan di luar bandar. Sebelum ini, jumlah BIW ialah 10 peratus daripada gaji guru.

"Kembalikan elaun wilayah yang lama. Sekarang, semakin ramai menolak (penempatan) kerana tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa ditanggung," katanya.

Fouzi turut berkata kerajaan perlu mengutamakan penempatan penduduk tempatan di kawasan berkenaan supaya penjawat awam tidak perlu tinggal berjauhan daripada keluarga.

Katanya, insentif dan kemudahan yang lebih baik wajar diberikan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka, khususnya guru yang terpaksa menempuh perjalanan berbahaya untuk sampai ke tempat bertugas.

"Kakitangan yang berkhidmat di luar bandar tidak seharusnya diabaikan dalam peluang kenaikan pangkat," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa doktor, guru dan penjawat awam lain menerima penempatan di kawasan luar bandar dan terpencil, dengan menegaskan pilihan peribadi tidak seharusnya menyebabkan masyarakat kehilangan perkhidmatan penting.

Anwar berkata kerajaan bersedia melaras penempatan jika munasabah, tetapi akses kepada penjagaan kesihatan bagi masyarakat terpencil kekal menjadi keutamaan.

TopikNUTPGuruLuar bandarFouzi SingonBIW

Foto: Myotus / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan