Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen mulai 12 November

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 diturunkan 50 sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 40 sen dan 25 sen seliter bagi tempoh 12 hingga 18 November.

Susulan penurunan itu, RON97 kini dijual pada harga RM4.20 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter dan diesel tanpa subsidi RM4.87 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurut kementerian itu, harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau.

"Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara," katanya.

MOF turut menyatakan serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud.

Dalam pada itu, harga petrol dan diesel bersubsidi dikekalkan. RON95 di bawah BUDI95 terus dijual pada harga RM1.99 seliter, diesel di bawah BUDI Diesel RM2.10 seliter, manakala harga di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) ialah RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter.

"Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli petrol RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus melindungi orang ramai dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global menerusi subsidi. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2027, kerajaan menjangka membelanjakan RM40 bilion untuk subsidi bahan api tahun depan bagi meringankan kos sara hidup.

TopikHarga minyakRON97RON95BUDI95Kementerian Kewangan

Foto: jtx1000 dotnet / Wikimedia Commons (CC BY 3.0)

Berita berkaitan