Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Hutang Kerajaan Persekutuan cecah RM1.3 trilion pada separuh pertama 2026

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang dan komitmen kewangan Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.76 trilion, bersamaan 80.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada akhir Jun lalu.

Daripada jumlah itu, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 trilion atau 63.1 peratus daripada KDNK, manakala jaminan yang dikomitkan sebanyak RM248.3 bilion dan liabiliti lain RM136.2 bilion.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Azli Yusof (PH-Shah Alam) berkata, jaminan yang dikomitkan meningkat sedikit berbanding RM245.8 bilion tahun lalu, terutamanya kerana tambahan pembiayaan projek infrastruktur.

Liabiliti lain yang merangkumi obligasi kewangan di bawah perkongsian awam-swasta (PPP) dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) pula menyusut daripada RM143.7 bilion kepada RM136.2 bilion.

Menurut kementerian, kerajaan kekal komited terhadap reformasi fiskal di bawah Akta Tanggungjawab Kewangan dan Fiskal Awam 2023 (Akta 850), yang menyasarkan defisit fiskal di bawah tiga peratus dan hutang Kerajaan Persekutuan 60 peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana.

Kementerian berkata defisit fiskal menurun daripada 5.5 peratus KDNK pada 2022 kepada 3.7 peratus pada 2025, lebih baik daripada sasaran asal 3.8 peratus. Defisit tahun ini diunjurkan 3.6 peratus berbanding sasaran awal 3.5 peratus, dengan mengambil kira kesan krisis Asia Barat dan keperluan menyokong pertumbuhan ekonomi serta kebajikan rakyat.

Defisit dijangka mengecil kepada 3.3 peratus tahun depan, selaras dengan sasaran jangka sederhana kerajaan di bawah tiga peratus.

Nisbah hutang kepada KDNK pula diunjurkan menurun daripada 65.2 peratus tahun lalu kepada 64 peratus tahun ini dan 63.7 peratus tahun depan. Kerajaan menyasarkan nisbah itu turun kepada 60 peratus menjelang 2030, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13.

Kementerian menjelaskan pengukuhan fiskal akan diteruskan melalui kutipan dan pematuhan cukai yang lebih kukuh, perluasan asas hasil, pengurangan ketirisan serta pengoptimuman perbelanjaan awam. Sasaran itu dicapai secara beransur-ansur dengan mengambil kira keperluan pembiayaan projek pembangunan jangka panjang dan strategik, di samping memastikan kelestarian hutang.

Azli sebelum ini bertanya Menteri Kewangan mengenai hutang dan liabiliti terkini kerajaan serta sejauh mana Akta 850 membantu mengurangkan defisit fiskal sejak dilaksanakan.

TopikHutang kerajaanKementerian KewanganDefisit fiskalAkta 850

Foto: Philip Nalangan / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan