Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kabinet lulus penubuhan Suruhanjaya Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-China

PUTRAJAYA: Kabinet telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia-China sebagai platform kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi yang akan bersidang setiap tahun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif itu antara langkah penting untuk memperkukuh hubungan pendidikan tinggi kedua-dua negara dan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam sektor berkenaan.

"Terbaharu, Kabinet telah meluluskan Suruhanjaya Bersama Pendidikan Tinggi, maksudnya pertemuan akan diadakan setiap tahun di kedua-dua negara. Ia telah pun ditandatangani dan Insya-ALLAH mesyuarat pertama akan diadakan di China tahun hadapan.

"Ia sepatutnya diadakan tahun ini tetapi kita tunda kerana ada hal yang perlu diselesaikan di Malaysia, jadi kita ubah ke tahun hadapan. Ini langkah ke hadapan dalam pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Festival Idea (FOI) Putrajaya 2026 di sini pada Rabu.

Mengulas penganjuran festival itu, Zambry berkata acara bertaraf antarabangsa yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu berjaya meletakkan Malaysia sebagai pusat rujukan utama dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, festival tersebut turut dihadiri menteri dari luar negara termasuk Uzbekistan, Filipina, Indonesia dan Kazakhstan, selain membabitkan perbincangan penyelidikan oleh lapan negara menerusi The University Network for Research Cooperation (iUNRC).

"Di sinilah kita hendak wujudkan satu budaya baharu dalam masyarakat supaya generasi kita dapat berfikir dan menghasilkan idea yang baik untuk pembangunan negara pada masa kini dan akan datang," katanya.

FOI 2026 merupakan kesinambungan festival yang dilaksanakan pada 2024 dan 2025 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sebagai inisiatif untuk merakyatkan idea dan pendidikan tinggi serta mempromosikan Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global.

TopikZambry Abd KadirChinaPendidikan tinggiFOI Putrajaya

Foto: Mahani Mohamad / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan