Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kanak-kanak dua tahun hilang di Sungai Jahang ditemukan lemas

GOPENG: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman, ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud, mengesahkan mayat mangsa ditemui kira-kira lapan kilometer dari lokasi kanak-kanak itu dipercayai hilang.

"Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi SAR di lokasi kejadian," katanya.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan membabitkan pelbagai agensi.

Menurut beliau, operasi itu melibatkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting dan lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pencarian menggunakan 10 bot rafting dan tertumpu dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, iaitu jarak kira-kira 10 kilometer.

"Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.

Pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi itu.

Dalam kejadian pada Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi. Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangannya.

TopikSungai JahangGopengGua TempurungJBPM PerakOperasi SAR

Foto: Internet Archive Book Images / Wikimedia Commons (No restrictions)

Berita berkaitan