Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang di Dataran Sungai Jahang, Gopeng

GOPENG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini pada Isnin.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan kecemasan itu pada jam 12.06 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.

Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu dengan menyediakan lapan bot rafting bagi mengesan mangsa.

"Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam kenyataan.

Sehingga perkembangan terakhir pada 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan. Radius pencarian akan diperluaskan petang ini dan Pusat Kawalan Bomba telah dibuka di lokasi kejadian.

Anggota BBP Kampar turut membantu dengan memantau kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar. Operasi melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.

TopikGopengKanak-kanak hilangBombaPerak

Foto: Rodhullandemu / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan