Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kargo penggerak utama hasil ECRL, dijangka sumbang 70 peratus apabila operasi matang – Hasbi

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kargo dijangka menjadi penyumbang utama hasil Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam jangka panjang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah.

Beliau berkata jumlah unjuran hasil ECRL daripada perkhidmatan penumpang dan kargo dijangka meningkat kepada RM418 juta pada 2029, berbanding RM260 juta pada 2027.

Merujuk kajian perunding yang dijalankan antara 2020 dan 2025, Hasbi berkata hasil penumpang diunjurkan naik daripada RM192 juta pada 2027 kepada RM198 juta pada 2028 dan RM204 juta pada 2029.

Hasil kargo pula dijangka meningkat daripada RM68 juta pada 2027 kepada RM71 juta pada 2028 dan RM214 juta pada 2029, selari dengan pembukaan berfasa laluan dan kemudahan kargo.

"Dalam jangka panjang, perkhidmatan kargo dijangka menjadi penyumbang utama hasil ECRL dengan sasaran sekitar 70 peratus daripada kargo dan 30 peratus daripada penumpang apabila operasi matang," katanya.

Hasbi berkata demikian ketika penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, ECRL turut dilihat sebagai pelaburan infrastruktur jangka panjang yang strategik dan dijangka menjana kesan limpahan ekonomi melalui peningkatan perdagangan, pembangunan kawasan perindustrian dan pembangunan berorientasikan transit, pelaburan baharu serta hubungan logistik yang lebih kukuh antara pantai timur dan pantai barat.

Mengenai struktur tambang ECRL, Hasbi berkata kerajaan belum memuktamadkan kadar tambang khas bagi mereka yang berdaftar dengan eKasih dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

"Bagaimanapun, kerajaan menawarkan diskaun tambang 50 peratus untuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak, serta 40 peratus untuk pelajar. Cadangan pakej tambang keluarga dan had tambang pada musim perayaan juga akan dikaji," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata projek Landasan Kereta Api Trans Borneo yang dicadangkan akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan 2027 Kementerian Pengangkutan berjumlah RM7.07 bilion melalui undi suara selepas perbahasan melibatkan 21 Ahli Parlimen.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

TopikECRLHasbi HabibollahKementerian PengangkutanDewan Rakyat

Foto: mattbuck ( category ) / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan