Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kepala air Sungai Pertak: Lima daripada lapan mangsa dikesan lemas, tiga masih hilang

HULU SELANGOR: Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa, menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus setakat ini sudah dikesan. Tiga lagi masih hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada jam 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian. Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sebelum itu, seorang lelaki tempatan, V Vijayan, 36, ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi.

Ashrul Riezal berkata operasi SAR diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor. Sektor A meliputi kawasan Lata Jebus hingga Lubuk Pertak, manakala Sektor B dari Lubuk Pertak hingga Jambatan Dam. Sektor C membabitkan kawasan Jambatan Dam dan Sektor D di kawasan empangan.

Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak. Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yaman, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.

Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah. Operasi SAR dijalankan JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.

TopikSungai PertakHulu SelangorKepala airBombaSAR

Berita berkaitan