Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Kerajaan kaji pengecualian cukai jualan kenderaan komersial elektrik

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji cadangan pengecualian cukai jualan bagi kenderaan komersial elektrik bersama Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata cukai merupakan antara instrumen dasar fiskal yang boleh membantu meringankan beban kewangan, merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kesejahteraan sosial.

"Dalam hal ini, kerajaan bersedia mengkaji cadangan tersebut bersama kementerian pengangkutan dan pelaburan, perdagangan dan industri bagi memastikan objektif yang disasarkan tercapai," katanya pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Howard Lee (PH-Ipoh Timur) yang meminta kerajaan menjelaskan pengecualian cukai jualan bagi kepala treler elektrik dan kenderaan elektrik lain untuk kegunaan komersial.

Liew berkata, tiada pengecualian cukai jualan ketika ini bagi kenderaan komersial elektrik. Namun, Bajet 2027 menyediakan elaun cukai pelaburan hijau yang membolehkan syarikat membeli kenderaan elektrik menuntut elaun 100 peratus ke atas perbelanjaan modal layak.

Kenderaan yang layak termasuk bas, van, kenderaan pelbagai guna panel, traktor terminal, forklift, lori, lori ringan dan kenderaan berat, termasuk kepala treler. Elaun itu boleh ditolak sehingga 70 peratus pendapatan berkanun.

Kerajaan turut mengalu-alukan cadangan menyelaraskan penamatan penggunaan diesel bersubsidi, namun perkara itu memerlukan pertimbangan lanjut dengan mengambil kira faktor lain termasuk kos elektrik dan infrastruktur pengecasan.

Secara berasingan, Liew berkata kementerian sedang meneliti semakan cukai ke atas pembelian kenderaan kargo jalan raya serta subsidi sektor logistik jalan raya bagi menggalakkan peralihan pengangkutan kargo daripada jalan raya ke kereta api. Menurutnya, kajian menyeluruh diperlukan untuk menentukan pendekatan terbaik, termasuk sama ada insentif cukai menjadi faktor penentu peralihan ke rel.

TopikCukai jualanKenderaan elektrikLiew Chin TongDewan Rakyat

Berita berkaitan