Kerajaan peruntuk RM15 juta sebulan kekal harga minyak masak botol

Kerajaan memperuntukkan RM15 juta sebulan bagi mengekalkan harga minyak masak dalam botol, sebagai langkah menstabilkan harga di tengah kesan konflik Asia Barat.
Armizan berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet awal bulan ini. Menurutnya, langkah itu sebahagian daripada strategi mengatasi peningkatan kos barang dengan memastikan harga stabil.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Kabinet mengambil kira trend kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) sejak Jun 2025. Trend itu dijangka berpanjangan dan akan menambah tekanan kewangan kepada industri pembuatan sehingga ada yang terpaksa menghentikan pengeluaran.
Harga MSM pada Oktober ialah RM4,400 setan. Pada paras itu, sebotol minyak masak 5kg akan dijual pada harga RM34.
"Kerajaan, oleh itu, perlu campur tangan bagi mengelakkan gangguan bekalan dan ketidakstabilan harga," katanya.
Harga siling runcit bagi minyak masak botol ialah RM6.90 untuk 1kg, RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).
Foto: Ssemmanda will / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)




