Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk menangani isu-isu berkaitan bebanan kerja dan kelelusan lampau dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital-hospital Malaysia secara serius, dan memberi jaminan untuk terus memperkasa strategi mengikut keperluan.
“Petugas kesihatan adalah aset paling berharga yang berhak untuk mendapat sokongan menyeluruh,” kata YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan media.
Sejajar dengan peralihan KKM dari rawatan kepada pencegahan penyakit secara proaktif, KKM juga mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Ini adalah penting terutamanya selepas pendedahan kadar prevalens penyakit tidak berjangkit (NCD) yang agak membimbangkan dalam dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan terkini.
“Saya menyeru agar para profesional kesihatan KKM terus bersabar sementara transformasi yang dirancang dapat dilaksana.
“Persefahaman dan sumbangan berterusan semua pihak amatlah dihargai, terutamanya bagi menjayakan perubahan positif yang diusahakan,” tambah beliau.