Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

KPM kaji keperluan tambah penolong warden dan guru bimbingan di asrama – Fadhlina

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang meneliti keperluan menambah bilangan penolong warden dan guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan pelajar yang tinggal di asrama mendapat perhatian dan sokongan secukupnya.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata hasrat ibu bapa untuk melihat anak mereka diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu diimbangi dengan keupayaan dan kesediaan emosi anak itu sendiri.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, beliau berkata ibu bapa perlu mendengar suara dan memahami perasaan anak ketika merancang masa depan mereka.

"Impian kita sebagai ibu bapa mesti selari dengan keupayaan dan kesediaan emosi anak-anak," katanya.

Fadhlina berkata, beliau sebelum itu mengadakan perbincangan dengan pihak polis di Kuala Kangsar, Perak, bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar yang menetap di asrama institusi pendidikan berkenaan.

Perbincangan itu merangkumi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), pengurusan asrama dan kepentingan ibu bapa menilai tahap kesediaan anak sebelum menghantar mereka ke sekolah berasrama.

Menurut beliau, setiap kanak-kanak mempunyai tahap penyesuaian berbeza. Ada yang cepat menyesuaikan diri, manakala ada yang memerlukan masa lebih panjang. Ada juga yang mampu menghadapi persaingan akademik dengan baik, sementara yang lain memerlukan lebih galakan.

Justeru, katanya, penting untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan anak-anak meluahkan fikiran dan didengari tanpa dihakimi.

"Saya mahu ibu bapa tahu bahawa kita berkongsi harapan yang sama. Kita mahu anak-anak berjaya, tetapi lebih penting lagi, kita mahu mereka membesar dengan selamat dan bahagia," katanya.

Fadhlina menegaskan, tanpa mengira di mana mereka belajar, anak-anak perlu tahu bahawa kasih sayang dan penerimaan ibu bapa tidak sekali-kali bergantung pada nama sekolah atau keputusan peperiksaan mereka.

TopikFadhlina SidekKPMSBPasramaKuala Kangsar

Berita berkaitan