Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Lalu lintas perlahan di lebuh raya utama ketika warga kota pulang selepas cuti perayaan

Lalu lintas dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama pada Isnin ketika warga kota pulang ke bandar selepas cuti perayaan, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM berkata kepada Bernama, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), lalu lintas perlahan dilaporkan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Sungai Dua ke Juru Autocity, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng, serta Gopeng ke Bidor.

Bagi laluan selatan pula, kesesakan dilaporkan dari Kulai ke Simpang Renggam, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, Bandar Ainsdale ke Nilai Utara, Southville City ke Kajang, dan dari Sungai Besi menghala ke pusat bandar.

Lalu lintas dari Pantai Timur menuju ibu negara turut sesak, khususnya di sekitar Lanchang hingga plaza tol Karak, Bentong ke Lentang, dan Genting Sempah ke plaza tol Gombak.

Jurucakap itu menasihati pemandu supaya berhati-hati kerana hujan lebat di beberapa lokasi turut menyumbang kepada aliran trafik yang perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini lalu lintas dengan menghubungi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752.

TopikPLUSLLMLalu lintasDeepavali

Foto: John Robert McPherson / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan