Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Lebih 168,000 penerima manfaat penghapusan pinjaman PTPTN bernilai RM1.82 bilion

KUALA LUMPUR: Lebih 168,000 pelajar menerima manfaat penghapusan penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM1.82 bilion di bawah inisiatif untuk pelajar cemerlang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM290 juta bagi inisiatif Biasiswa Anak eKasih menerusi PTPTN, yang membolehkan pelajar daripada keluarga miskin tegar melanjutkan pengajian tanpa perlu membayar balik pinjaman.

Di bawah inisiatif itu, pelajar layak yang berdaftar dengan eKasih boleh memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu apabila menerima tawaran masuk universiti, dan pinjaman tersebut akan ditukar secara automatik kepada biasiswa.

"Maksudnya, mereka menerima pendidikan percuma dan kita telah memperuntukkan RM290 juta untuk tujuan ini. Ia sudah pun dilaksanakan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Adam Adli berkata, biasiswa eKasih dan penghapusan penuh pinjaman bagi pelajar cemerlang akademik merupakan antara langkah yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pengajian tinggi.

Menurutnya, bantuan terbabit secara teknikal bukan biasiswa, sebaliknya penghapusan penuh pinjaman pelajar.

Inisiatif ketiga, iaitu skim bayaran balik pinjaman berasaskan pendapatan, dijangka diperkenalkan tahun depan.

Beliau menjelaskan, skim yang turut diamalkan di United Kingdom itu membolehkan graduan menangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga pendapatan mereka mencapai paras tertentu.

Dalam soalan tambahan, Dr Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan pusat setempat untuk menyelaras bantuan pendidikan daripada agensi kerajaan, institusi zakat, Baitulmal, yayasan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Abdul Ghani berkata, pusat itu akan membantu pelajar B40 mengenal pasti dan memperoleh bantuan kewangan sebelum mendaftar di institusi pengajian tinggi.

TopikPTPTNAdam AdliDewan RakyatPendidikan tinggieKasih

Foto: IskandarPutraa / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan