Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Lima warga emas parah, 16 lagi cedera bas persiaran terbabas di Jalan Bukit Kimanis-Keningau

PAPAR: Lima penumpang warga emas parah manakala 16 lagi cedera ringan apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas ketika menuruni bukit di Jalan Bukit Kimanis-Keningau di sini, tengah hari Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kesemua 21 individu termasuk pemandu bas berkenaan dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Labuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.34 tengah hari. Enam anggota BBP Kimanis, dibantu dua anggota BBP Papar, dikejarkan ke lokasi yang terletak 25 kilometer dari balai.

"Kejadian melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 20 penumpang. Berdasarkan maklumat awal, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas ke bahu jalan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Nelson, sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dilaporkan tersepit di dalam bas. Namun, mangsa tersebut berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai.

Beliau berkata lima mangsa yang parah terdiri daripada dua lelaki berusia 71 dan 64 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, dada dan bahu serta patah tangan, manakala tiga wanita berusia antara 60 dan 64 tahun cedera di bahagian dada dan kepala serta patah kaki dan patah jari.

Bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke hospital. Operasi ditamatkan pada jam 2.55 petang selepas anggota bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

TopikPaparSabahKemalangan jalan rayaBBP Kimanis

Foto: Rocky Masum / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan