Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Malaysia mulakan proses undang-undang pertikai peluru berpandu NSM dengan Norway

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah memulakan proses undang-undang untuk menyelesaikan pertikaiannya dengan Norway berhubung peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dan tidak lagi berunding dengan kerajaan negara itu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, perbincangan dengan Oslo dihentikan kerana Norway sudah membuat keputusan secara unilateral.

"Kami tidak lagi berbincang dengan kerajaan Norway kerana ia sudah membuat keputusannya. Perbincangan yang kami adakan sekarang berkisar tindakan undang-undang yang akan diambil," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Adly, kementerian turut mengadakan perbincangan di Turkiye baru-baru ini kerana beberapa negara Nato terlibat dalam usaha mencari penyelesaian undang-undang.

Beliau berkata, kementerian bertekad meneruskan tindakan undang-undang dengan mengambil kira implikasi kewangan, termasuk bayaran yang sudah dibuat.

"Kami tahu tindakan undang-undang mengambil masa, tetapi kami sudah memulakan prosesnya dan berharap ada penyelesaian jangka panjang untuk melindungi bukan sahaja kewangan kita, malah maruah kita sebagai negara berdaulat. Tiada negara patut dibenarkan melayan kita sebegitu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Adly berkata Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan bersetuju mencari penyelesaian peluru berpandu alternatif melalui syarikat yang terlibat dalam program peluru berpandu bagi kapal misi pesisir (LMS) negara.

Kementerian sudah berbincang dengan pengilang Turkiye, Roketsan, dengan peluru berpandu Atmaca antara pilihan yang dicadangkan.

"Ketika saya ke Turkiye awal tahun ini, Roketsan memberi jaminan bahawa mereka boleh membangunkan peluru berpandu itu dalam tempoh enam bulan sahaja," katanya.

Adly menambah, kerajaan sedang meneliti usaha menyelaraskan keperluan peluru berpandu bagi kedua-dua program kapal tanpa menjejaskan jadual pembangunan LMS.

Beliau berkata, menyelesaikan pertikaian undang-undang adalah satu perkara, tetapi memastikan keupayaan ketenteraan negara, terutamanya kapal tempur pesisir (LCS), juga sama penting.

TopikAdly ZahariNorwayNSMKementerian PertahananLMS

Berita berkaitan