Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Mangsa banjir di Perak meningkat, Selangor menurun; 654 masih di pusat pemindahan

KUALA LUMPUR: Seramai 654 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara setakat pagi Isnin (9 November), apabila jumlah mangsa di Perak meningkat sedikit manakala keadaan di Selangor terus menunjukkan trend menurun.

Di Perak, jumlah mangsa di Hilir Perak meningkat kepada 439 orang daripada 130 keluarga pagi ini, berbanding 414 orang daripada 123 keluarga pada petang Ahad (8 November).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 277 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan, manakala 136 orang daripada 39 keluarga lagi berlindung di Dewan Langkap majlis berkenaan.

Sementara itu, 26 mangsa ribut daripada tujuh keluarga masih berada di pusat pemindahan Dewan Komuniti Manjung. Mereka terdiri daripada penduduk Pekan Beruas, Taman Beruas, Taman Desa, Perumahan Awam, Taman Seri Delima, Taman Limau Emas, Taman Anggerik, Kampung Kilang, Kampung Dendang dan Kampung Paya Lima.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di semua daerah di Perak pada petang Isnin dan malam ini.

Paras air di dua sungai juga dilaporkan melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Kinta di Tanjung Tualang pada 13.78 meter dan Sungai Bidor di Changkat Jong pada 3.53 meter.

Di Selangor, keadaan bertambah baik apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 215 orang daripada 55 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 507 orang daripada 143 keluarga pada Ahad.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, dua pusat beroperasi di Kuala Selangor, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dengan 100 mangsa daripada 23 keluarga dan SK Jaya Setia (68 mangsa, 20 keluarga). SK Dato' Maharaja Lela kekal dibuka walaupun tiada mangsa direkodkan.

Di Shah Alam, 47 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di pusat pemindahan Dewan Siantan Kampung Melayu Subang, Seksyen U6.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, dalam kenyataan malam tadi berkata sembilan daerah di Kelantan dijangka terjejas banjir, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai dan Jeli.

Pusat itu turut meramalkan beberapa kawasan di Pahang, khususnya Kuantan, Pekan dan Rompin, berkemungkinan dilanda banjir dari Ahad hingga Rabu, terutama di lokasi berisiko tinggi dan kawasan rendah. Amaran serupa dikeluarkan untuk enam daerah di Terengganu, iaitu Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Hulu Terengganu dan Marang.

TopikbanjirPerakSelangorHilir PerakKuala Selangor

Foto: wckitchen / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan