Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Mayat lelaki ditemui dalam longkang berhampiran sekolah di Mount Austin

JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui dalam longkang berhampiran sebuah sekolah rendah di Taman Mount Austin di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli, berkata Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor menerima panggilan mengenai penemuan itu pada Rabu lalu pukul 2.40 petang.

Anggota bomba tiba di lokasi, 7 kilometer dari balai, pada pukul 2.47 petang dan mengeluarkan mayat tersebut menggunakan peralatan khas.

"Kami telah menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Operasi selesai pada kira-kira pukul 3.51 petang.

TopikJohor BahruMount AustinBomba

Berita berkaitan