Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Mayat mangsa kelapan tragedi air melonjak Sungai Pertak ditemui, operasi SAR ditamatkan

PETALING JAYA: Mayat mangsa kelapan dan terakhir tragedi air melonjak di Sungai Luit, berhampiran tapak berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemui pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail, berkata mayat lelaki itu ditemui di Sektor C pada kira-kira 10.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.

"Operasi SAR kini secara rasminya ditamatkan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, 9 November, lapan lelaki dihanyutkan arus deras. Mangsa pertama, seorang lelaki tempatan, ditemui kira-kira 1.30 pagi Selasa, 10 November, berhampiran Jambatan Pertak, juga kira-kira 2.7 kilometer dari tempat kejadian di Lata Jebus.

Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan, manakala seorang lagi dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran tapak berkelah Sungai Pertak.

TopikSungai PertakKuala Kubu BharuBombaLata Jebus

Foto: Nammy Hang Kirat / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan