Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Mayat mangsa ketujuh kepala air Sungai Pertak ditemukan, seorang lagi masih hilang

KUALA LUMPUR: Mayat mangsa ketujuh insiden kepala air di kawasan rekreasi Sungai Pertak ditemukan pada 3.40 petang Jumaat, menyebabkan hanya seorang daripada lapan lelaki yang dilaporkan hilang masih belum dikesan.

Menurut maklumat terkini pusat kawalan insiden, mayat seorang lelaki dewasa warga India itu ditemukan di Sektor C kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh seorang penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Rasa pada 4.45 petang selepas dibawa ke pusat kawalan. Mayat kemudian diserahkan kepada polis pada 4.59 petang sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Operasi SAR yang kini memasuki hari kelima itu diteruskan dengan tumpuan di Sektor C dan Sektor D bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang.

Operasi Jumaat bermula pada 7 pagi dengan tambahan anggota Pasukan Operasi Khas Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat. Turut dikerahkan ialah Pasukan Respons Pantas Insiden dan Kecemasan Khas Selangor Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pemandu gunung Jabatan Perhutanan serta dua unit dron Pasukan Gerakan Udara bagi membantu pencarian di permukaan air.

Pada Khamis, mayat mangsa keenam, seorang warga Yaman, ditemukan terapung pada 10.15 pagi di muara sungai berhampiran Jambatan Pertak.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, lapan lelaki yang terdiri daripada seorang tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal dan India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

TopikSungai PertakKepala airOperasi SARHulu Selangor

Berita berkaitan