Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

MCMC nafi ujian awam sistem amaran awal kebangsaan hari ini

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa ujian sistem amaran awal kebangsaan akan dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang pada Khamis, 19 November.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata aktiviti yang dijadualkan pada hari itu hanyalah ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas.

“Ia bukan ujian amaran untuk orang awam di negeri-negeri berkenaan seperti yang didakwa,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.

MCMC menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan dan mengajak mereka merujuk saluran rasmi suruhanjaya itu untuk pengumuman terkini.

TopikMCMCsistem amaran awalSelangorKelantan

Berita berkaitan