Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Pasangan warga Indonesia maut dalam kolam kumbahan ternakan di Papar

PAPAR: Sepasang suami isteri warga Indonesia maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam kumbahan ternakan babi di Kampung Kawari di sini pada Khamis.

Kedua-dua mangsa, lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun, ditemukan dalam keadaan berpelukan di dalam kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan dua mayat itu pada jam 11.56 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Papar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal mendapati pasangan itu bekerja di kawasan kandang ternakan berkenaan. Mangsa lelaki dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam, manakala isterinya dipercayai cuba membantu sebelum turut terjatuh.

Heryan berkata, keadaan sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut dan pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang petunjuk yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.

TopikPaparSabahKolam kumbahanPolis

Foto: Thomas Quine / Wikimedia Commons (CC BY 2.0)

Berita berkaitan