Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Penjawat awam Johor terima insentif khas 2.5 bulan gaji – Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI: Setiap penjawat awam Johor akan menerima insentif khas bersamaan dua setengah bulan gaji tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, insentif itu diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri serta penjawat awam persekutuan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan Johor.

Pengumuman itu dibuat ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam Johor yang menjadi tulang belakang pentadbiran negeri dan penggerak utama agenda pembangunan negeri ini,” katanya.

Menurut Onn Hafiz, kerja keras dan dedikasi mereka wajar diiktiraf. Insentif khas itu akan dibayar pada penghujung Disember.

Selain itu, seramai 145,648 penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Johor akan menerima insentif khas RM500 seorang menerusi inisiatif Bantuan Kasih Johor, dengan jumlah peruntukan RM72.82 juta.

Onn Hafiz berkata, langkah itu selaras dengan pendekatan seluruh negara yang diamalkan Johor, selain sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada mereka.

Kerajaan negeri turut mengumumkan insentif khas RM1,000 seorang kepada 200 pengamal media di bawah Bantuan Kasih Johor, dengan peruntukan RM200,000. Insentif itu akan disalurkan secara berperingkat pada Disember dan Februari.

TopikJohorOnn Hafiz GhaziBelanjawan Johor 2027penjawat awam

Berita berkaitan