Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Polis Sabah musnahkan dua bom udara tidak meletup di Pulau Balambangan

KOTA KINABALU: Polis memusnahkan dua bom udara seberat 450 kilogram (1,000 paun) yang tidak meletup, ditemui di persisiran pantai Pulau Balambangan, di utara Kudat, Sabah.

Pasukan Unit Pelupusan Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menjalankan operasi selama dua hari itu pada Isnin dan Selasa (16 dan 17 November).

Operasi tersebut dilaksanakan empat pegawai kanan dan 12 anggota Cawangan Senjata Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Sabah, serta Cawangan Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Bahan Letupan (CBRNE) Zon 2 Sabah.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dalam satu kenyataan berkata, keadaan air pasang di lokasi penemuan menyebabkan operasi hanya boleh dijalankan selepas penilaian menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan mengikut corak pasang surut air.

"Faktor persekitaran diambil kira bagi memastikan aktiviti pelupusan dapat dijalankan dengan selamat dan terkawal.

"Kedua-dua bom udara itu musnah sepenuhnya tanpa sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda," menurut kenyataan itu.

Polis berkata, kejayaan operasi itu membuktikan kecekapan dan kesiapsiagaan Unit Pelupusan Bom kontinjen dalam menangani ancaman demi menjamin keselamatan orang ramai dan alam sekitar.

Kenyataan itu tidak menyatakan asal usul bom berkenaan, namun ia disyaki bahan letupan yang tidak meletup sejak Perang Dunia Kedua.

TopikSabahKudatPulau BalambanganUnit Pelupusan Bom

Foto: Yoram Shoval / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan