Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

PRN Melaka: Parti Bersama tewas teruk lagi, tetapi naib juara di Bemban

MELAKA: Parti Bersama, serpihan PKR, sekali lagi tewas teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, walaupun mencatat prestasi lebih baik berbanding sebelum ini, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Namun, nampaknya tidak semua calonnya hilang wang pertaruhan. Parti itu meraih lebih 3,000 undi di Bemban dan menduduki tempat kedua di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Dr Yadzil Yaakub. Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi yang dibuang untuk mengekalkan wang pertaruhan.

Bersama turut tersingkir sepenuhnya di Johor pada Julai lalu apabila kalah di kesemua 15 kerusi yang ditandingi.

Calonnya di Melaka terdiri daripada doktor, peguam dan usahawan, yang kebanyakannya bertanding di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi menawarkan alternatif kepada penyokong tradisi Pakatan Harapan (PH).

Parti itu bertembung dengan PH di 14 kerusi, termasuk kesemua lima kerusi yang dimenangi gabungan berkenaan pada 2021 iaitu Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

PH dijangka kehilangan Bukit Katil kepada PN, walaupun Bersama tidak meninggalkan impak besar di kerusi itu. PN dijangka menang dengan majoriti beribu undi.

Bersama sebelum ini menegaskan bahawa ia mensasarkan pencapaian kecil dalam PRN Melaka dan bukan memenangi kerusi. Salah seorang pemimpin utamanya, Wong Chen, pernah berkata matlamat parti itu ialah meningkatkan peratusan undi kepada 12 peratus di Melaka, berbanding enam peratus di Johor.

Bersama merancang bertanding sehingga 20 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan selewat-lewatnya awal 2028.

TopikPRN MelakaParti BersamaPakatan HarapanBemban

Berita berkaitan