PRN Melaka: Setiausaha Politik PM dilaporkan tewas kepada PN di Paya Rumput

MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, dijangka tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad, berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Calon PH itu, Azman, yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan, bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya.
Paya Rumput secara tradisinya kubu Barisan Nasional (BN), namun pernah bertukar tangan apabila PH memenanginya menerusi Bersatu pada 2018. Kerusi campuran itu mempunyai 61 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina dan enam peratus India.
Pada PRN 2021, calon UMNO, Rais Yasin, mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 629 undi dalam pertandingan lima penjuru. Rais, yang juga exco kanan kerajaan negeri, bertanding di Sungai Udang kali ini.
BN memberi laluan kepada PN di Paya Rumput pada PRN kali ini sebagai sebahagian daripada kerjasama pilihan raya antara kedua-dua gabungan.




