Rajasekaran dilantik semula Setiausaha Agung MIC

PETALING JAYA: RT Rajasekaran dilantik semula sebagai Setiausaha Agung MIC, lebih dua tahun selepas beliau disingkirkan daripada jawatan berkenaan.
Seorang sumber MIC mengesahkan pelantikan itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti tersebut pada Jumaat.
Jawatan itu sebelum ini disandang S Ananthan, yang menggantikan Rajasekaran pada 2024 berikutan keputusan CWC.
Ananthan meletak jawatan pada Selasa lalu. Menurut seorang sumber, keputusan itu dibuat atas sebab peribadi.
Foto: The President's Office, Maldives / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)




