Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Rang Undang-Undang Pemakanan, kecurian elektrik pelombong kripto dan pengecas EV dalam agenda Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemakanan, kecurian elektrik berkaitan perlombongan mata wang kripto dan pengembangan infrastruktur stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) antara isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Kertas Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Rodziah Ismail (PH-Ampang) akan bertanya Menteri Kesihatan pada sesi soalan lisan mengenai garis masa penggubalan RUU bagi mengawal pengambilan nutrisi rakyat. Beliau turut meminta butiran tentang objektif, skop utama dan kos keseluruhan RUU itu, serta mekanisme penyertaan pakar kesihatan, pemain industri, badan bukan kerajaan, orang ramai dan pihak berkepentingan lain.

Pada sesi sama, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) akan bertanya Menteri Dalam Negeri mengapa kecurian elektrik berkaitan perlombongan kripto berleluasa di Manjung, Perak, dan sukar untuk pihak terbabit ditangkap serta dibawa ke muka pengadilan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) pula akan bertanya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri tentang rancangan kementerian mengembangkan infrastruktur stesen pengecas EV ke kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Turut disenaraikan ialah soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) kepada Menteri Pengangkutan mengenai langkah menambah baik pengurusan keselamatan dan tindak balas kecemasan di semua lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLport) di Sarawak, susulan nahas helikopter di Long Lellang pada 8 September.

Persidangan seterusnya akan menyaksikan Menteri Kewangan membentangkan Rang Undang-Undang Kewangan 2026 dan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah bagi Pungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2026 untuk bacaan kali pertama.

Selepas itu, Dewan akan menyambung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2027), diikuti jawapan penggulungan daripada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan.

Berdasarkan kalendar Dewan Rakyat, perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2027 berlangsung hingga 26 November, dengan 16 lagi kementerian dijadual menyampaikan penggulungan masing-masing. Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 kini berlangsung selama 37 hari sehingga 8 Disember.

TopikDewan RakyatRang Undang-Undang PemakananBelanjawan 2027Pelombong kripto

Foto: CEphoto, Uwe Aranas / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan