Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Reformasi pendidikan tidak boleh sekadar kosmetik, kata Fadhlina

PUTRAJAYA: Reformasi sistem pendidikan negara tidak boleh sekadar kosmetik dan perlu dilihat pada hasil murid serta persekitaran pembelajaran, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Menurutnya, kedua-dua perkara itu bermula di dalam bilik darjah. "Perubahan dalam bilik darjah ialah reformasi berskala paling kecil yang boleh kita lakukan. Namun pada masa sama, ia boleh menjadi reformasi paling signifikan, asalkan kita mempunyai keupayaan yang diperlukan," katanya ketika melancarkan Anugerah Nyala 2026 di sini pada Rabu.

Fadhlina berkata kejayaan reformasi perlu diukur berdasarkan perubahan yang dapat dirasai murid, termasuk pembentukan sahsiah, peningkatan pencapaian akademik dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta tahap keselamatan mereka di sekolah.

Beliau menegaskan reformasi tidak boleh menjadi tanggungjawab pihak dalam kementerian semata-mata, sebaliknya perlu menjadi budaya seluruh ekosistem pendidikan. "Reformasi juga tidak boleh bergantung kepada siapa menterinya; sebaliknya ia mesti menjadi budaya dan seluruh ekosistem pendidikan negara.

"Kita perlu terus berani menilai, memperbaik dan memastikan setiap perubahan membawa hasil kepada anak-anak kita," katanya.

Mengenai Anugerah Nyala, Fadhlina berkata anugerah itu memberi pengiktirafan kepada pendidik, pemimpin sekolah dan institusi pendidikan atas kecemerlangan, inovasi serta sumbangan kepada reformasi pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Penerima ditentukan menggunakan instrumen SKAS yang mempunyai metrik dan penanda aras tersendiri serta dipantau rapi oleh Lembaga Inspektorat.

TopikFadhlina SidekPendidikanAnugerah Nyala

Berita berkaitan