Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Reman empat pegawai TUDM dalam kes sindiket dadah dilanjutkan empat hari

KUALA LUMPUR: Tempoh reman empat pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket pengedaran dadah yang didakwa menggunakan kemudahan pengangkutan tentera dilanjutkan empat hari, bermula 25 hingga 28 November.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata tempoh reman awal selama tujuh hari bagi kesemua pegawai itu, yang bermula pada 18 November, tamat pada Selasa.

Beliau berkata, seorang lagi pegawai TUDM yang ditahan di Labuan turut akan dipohon lanjutan reman pada hari yang sama tempoh reman awal selama lapan harinya tamat, iaitu pada 25 November.

Polis juga akan memohon lanjutan reman ke atas dua orang awam yang ditahan di Labuan dan dua pegawai TUDM yang ditahan di Tawau, Sabah, apabila tempoh reman tujuh hari mereka tamat pada Jumaat ini.

"Pada masa sama, empat orang awam yang ditahan di Cheras di sini telah ditahan semula bagi membantu siasatan kes membabitkan TUDM dan direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 30 November," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Minggu lalu, Hussein berkata polis membongkar sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kemudahan pengangkutan tentera susulan operasi di Lembah Klang dan Labuan.

Dalam operasi itu, polis merampas 96.64 kilogram (kg) dadah disyaki metamfetamina bernilai RM4.83 juta, serta 6.98 kg cecair kimia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini berkata tangkapan dibuat selepas dadah disorokkan dalam lima beg pakaian dan sebuah kotak ditemukan di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Dadah itu dikesan semasa pemeriksaan rutin terhadap barangan sebelum dimuatkan ke dalam pesawat TUDM. Ia merupakan kes pertama seumpamanya yang berjaya digagalkan menerusi prosedur pemeriksaan berkenaan.

TopikTUDMSindiket dadahBukit AmanLabuanSubang

Foto: Kurt Finger / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan