Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa kebanyakan negeri Semenanjung 15 hingga 17 November

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia dari 15 hingga 17 November, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ramalan itu berdasarkan analisis model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan berlakunya pertembungan angin dalam tempoh berkenaan.

"Keadaan ini boleh membawa ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih lama di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook MetMalaysia.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web jabatan itu di www.met.gov.my dan platform media sosial rasminya, serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.

Dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 11 malam ini.

Amaran itu meliputi Kota Tinggi dan Kluang di Johor, serta Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak. Amaran serupa turut dikeluarkan untuk Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah, serta Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut di Terengganu.

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Kapit, Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong (Kabong dan Saratok) serta Miri (Subis, Miri dan Beluru).

TopikMetMalaysiaCuacaHujan lebatSemenanjung Malaysia

Foto: Pieter van Marion from Netherlands / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan