KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa terdapat pencanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh ibu, bapa, dan saksi-saksi lain terkait kez pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Situasi tersebut membuatkan pihaknya mengajukan permohonan untuk lanjutkan masa tahanan reman selama enam hari terhadap ibu bapa mangsa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Menurut laporan daripada Harian Metro, beliau menyampaikan hal tersebut ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Polis Selangor di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakan, hari ini.

“Ada perkara yang perlu kita perlu semak dan ada perkara yang tidak seiring dengan siasatan jadi kita sambung reman semalam enam hari yang kita akan guna untuk lengkapkan kertas siasatan.

“Saya tak boleh jelaskan (percanggahan apa), bukan saja daripada mereka (ibu dan bapa) tapi juga daripada saksi lain yang mana saya tidak boleh jelaskan terperinci kerana masih dalam siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro

Selanjutnya daripada Warta Malaysia