Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Tiada sebab menteri BN letak jawatan, DAP patut contohi Loke – Zahid

MELAKA: Tiada sebab bagi menteri Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan dalam Kabinet, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sambil menegaskan parti itu tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata menteri DAP pula patut mencontohi Setiausaha Agung parti itu, Loke Siew Fook, yang telah meletakkan jawatan daripada Kabinet.

Menurut Ahmad Zahid, jika Pengerusi DAP yang juga Menteri Digital, Gobind Singh Deo, merasakan peletakan jawatan perlu dibuat, menteri DAP sendirilah yang patut berbuat demikian.

"Jangan pula bila dah letak jawatan, jadi macam orang gila talak. Kita tidak mahu gila talak macam mereka," katanya kepada media pada Sesi Libat Urus bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melaka 2026 di Ayer Molek pada Khamis.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada Gobind yang sebelum itu mencabar Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika tidak lagi yakin dengan kepimpinan Anwar.

Gobind berkata Ahmad Zahid dan menteri lain patut menghormati kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan meletakkan jawatan jika tidak percaya kepada kepimpinannya, berbanding mendesak Parlimen dibubarkan lebih awal.

Ahmad Zahid berkata perbezaan arah antara parti komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri tidak bermakna BN tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Memang betul di peringkat negeri sama ada di Johor, Negeri Sembilan atau Melaka, kita tidak sehaluan. Ini hak setiap parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan untuk menentukan haluan masing-masing di peringkat negeri, terutama dalam PRN yang sedang berlangsung di Melaka ini," katanya.

"Tidak timbul persoalan kita tidak menyokong kepimpinan Anwar di peringkat Persekutuan. Dalam mesyuarat Kabinet, tidak pernah sekali pun menteri BN tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan atau Perdana Menteri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menyifatkan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka sebagai keserasian yang baik dan berharap ia diterjemahkan kepada sokongan pengundi, termasuk masyarakat bukan Melayu.

"Saya harap ia dapat menyatukan minda dan sokongan kedua-dua parti yang berseteru lebih daripada lima dekad. Kita telah mencuba di Negeri Sembilan dan ini kali kedua di Melaka," katanya.

TopikAhmad Zahid HamidiBNDAPGobind Singh DeoPRN Melaka

Berita berkaitan