Tiga individu maut dipercayai disambar petir di Salak Tinggi, Sepang

SEPANG: Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.
"Betul ada berlaku kejadian itu petang tadi, pihak kami akan kongsikan butiran lanjut kemudian," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutup dengan kain batik terbaring di bawah sebatang pokok.
Butiran lanjut mengenai identiti mangsa dan keadaan kejadian belum dimaklumkan polis.
Foto: Jan Bambach / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)




