Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Wanita 21 tahun disyaki dihanyutkan arus deras di air terjun Puncak Jelapang, Ipoh

IPOH: Seorang wanita berusia 21 tahun dipercayai dihanyutkan arus deras di Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya, di sini, petang Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 5.14 petang.

"Terdapat empat mangsa, iaitu dua lelaki dan dua wanita. Seorang wanita yang tersadai di seberang sungai telah diselamatkan anggota bomba, manakala seorang lelaki yang dihanyutkan arus berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, usaha operasi ditumpukan kepada mengesan dan menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras itu. Arus air dilaporkan masih kuat sepanjang operasi dijalankan.

Mangsa yang diselamatkan dikenali sebagai M. Shamala, 22, manakala R. Madesh, 22, yang turut dihanyutkan arus berjaya menyelamatkan diri. Seorang lagi mangsa, V. Tasiwaran, 23, diselamatkan berhampiran tebing sungai.

Wanita yang dipercayai dihanyutkan arus itu dikenali sebagai P. Shena, 21.

TopikIpohPuncak JelapangBomba PerakMeru Raya

Foto: Timothy A. Gonsalves / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan