Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Wanita ditahan, 378 karton rokok dipercayai tidak bercukai dirampas di Slim River

IPOH: Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan selepas polis merampas 378 karton rokok yang dipercayai tidak bercukai bernilai kira-kira RM10,000 dari sebuah premis perniagaan di Jalan Stesen, Slim River.

Serbuan itu dijalankan pasukan Cawangan Risikan Batalion Tiga Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bidor pada kira-kira 2.15 petang Isnin lalu, 16 November, menerusi Ops Taring Alpha 1.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Khalid Mohamad, berkata rokok itu terdiri daripada pelbagai jenama rokok putih dan kretek yang disyaki tidak mempunyai setem duti Kastam yang sah.

"Wanita itu disyaki memiliki, menyimpan dan menjual rokok tidak bercukai di premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Rokok yang dirampas akan dihantar ke Jabatan Kastam dan Jabatan Kimia untuk penilaian dan analisis.

Supt Khalid berkata, Kontinjen Polis Perak akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan dan pengedaran barangan tidak bercukai. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

TopikRokokSlim RiverOps Taring Alpha 1Polis Perak

Berita berkaitan