Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Wanita maut, tiga terselamat dihanyutkan arus deras sungai di Sungai Siput

IPOH: Seorang wanita berusia 37 tahun maut manakala tiga lagi, termasuk dua kanak-kanak perempuan, terselamat selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap Kerbau, Sungai Siput.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri di seberang sungai dalam kejadian kira-kira 5.40 petang Rabu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun diselamatkan orang awam.

"Anggota penyelamat mendapati wanita itu terbaring di atas tanah ketika tiba di lokasi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

TopikSungai SiputPerakBombalemas

Foto: Rude Health / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan