Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Zahid gesa calon SPM tenang dan yakin hadapi peperiksaan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menasihatkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 supaya menduduki peperiksaan dengan fikiran tenang dan yakin.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau mendoakan agar seramai 420,898 calon itu diberi ganjaran atas persiapan dan usaha mereka melalui keputusan yang membanggakan.

"Percayalah pada kemampuan diri, manfaatkan sepenuhnya semua ilmu yang diperoleh dan berikan yang terbaik dalam setiap jawapan," katanya.

"Jaga kesihatan, cukupkan rehat dan ingatlah memohon restu serta doa ibu bapa dan guru yang sentiasa mendoakan kejayaan anda," katanya.

Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula hari ini dan berlangsung sehingga 17 Disember.

TopikSPM 2026Ahmad Zahid HamidiPeperiksaan

Berita berkaitan