Anggota polis parah ditetak lelaki bersenjatakan parang di Kepong

SELAYANG: Seorang anggota polis cedera parah selepas ditetak seorang lelaki yang mengamuk dengan sebilah parang di sebuah kawasan perumahan di Kepong pada Rabu.
Rakaman video yang tular memaparkan anggota terbabit pada mulanya cuba menenangkan suspek yang ketika itu memegang parang. Rakaman lain menunjukkan suspek mengamuk dan menghayunkan parang itu sebelum menyerang anggota berkenaan.
Beberapa video dan gambar yang tular di media sosial turut menunjukkan suspek merosakkan sebuah kereta peronda polis menggunakan senjata itu.
Maklumat lanjut berhubung kejadian, termasuk keadaan mangsa dan identiti suspek, masih belum disahkan pihak polis.




