Rabu, 25 November 2026
TERKINI
Pengecualian visa warga India tamat 1 Januari 2027, permohonan dibuka 1 DisemberMCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meter

Pengecualian visa warga India tamat 1 Januari 2027, permohonan dibuka 1 Disember

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan pengecualian visa bagi warga India akan tamat pada 1 Januari 2027. Mulai tarikh itu, warga India perlu memperoleh visa yang sah sebelum memasuki negara ini.

Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, jabatan itu memaklumkan permohonan visa boleh dikemukakan melalui portal MyVISA mulai 1 Disember 2026.

Jabatan itu turut menegaskan semua yuran pemprosesan visa yang dibayar tidak akan dikembalikan, tanpa mengira keputusan permohonan, sebarang perubahan dasar atau perubahan rancangan perjalanan kemudian.

"Jabatan Imigresen berhak meminda syarat kemasukan ini pada bila-bila masa selaras dengan arahan kerajaan," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pengecualian visa bagi warga India untuk lawatan sosial jangka pendek selama 30 hari akan ditamatkan pada 31 Disember.

Beliau berkata penamatan inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa itu bertujuan memperkukuh saringan sebelum ketibaan dan memastikan kawalan kemasukan warga asing lebih teratur.

TopikImigresenVisaIndiaMyVISA

Berita berkaitan