Rabu, 25 November 2026
TERKINI
Kerajaan kaji penubuhan dana kekayaan AI untuk rakyat Malaysia – AnwarMalaysia sedia bantu negara Asean dilanda bencana – Ahmad ZahidPengecualian visa warga India tamat 1 Januari 2027, permohonan dibuka 1 DisemberMCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'

Malaysia sedia bantu negara Asean dilanda bencana – Ahmad Zahid

JAKARTA: Malaysia bersedia membantu negara anggota Asean yang dilanda bencana, serta menyokong usaha bersama menggerakkan bantuan kemanusiaan di luar rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu hantaran Facebook pada Rabu, beliau berkata bantuan itu boleh digerakkan jika ada permintaan daripada negara terjejas, berdasarkan keperluan dan keupayaan blok 11 negara itu.

Ahmad Zahid menyampaikan kenyataan Malaysia pada Mesyuarat Menteri Asean ke-14 mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) di Jakarta pada Rabu. Beliau menegaskan kesiapsiagaan bencana mesti bermula sebelum tragedi berlaku.

"Setiap amaran awal mesti diikuti tindakan jelas supaya agensi, pihak berkuasa dan masyarakat tahu bila pemindahan perlu bermula, dan bantuan dapat digerakkan segera," katanya dalam hantaran itu.

Ahmad Zahid, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, tiba di Jakarta pada Selasa selepas menamatkan lawatan di Bali. Lawatan kerja lima hari ke Indonesia itu bermula pada Isnin.

Menurut beliau, di Malaysia kesiapsiagaan bencana diperkukuh melalui penyediaan strategi pengurangan risiko bencana peringkat negeri di bawah Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, dengan mengambil kira risiko dan keperluan setempat dalam perancangan pembangunan serta perlindungan perkhidmatan penting.

Malaysia turut menyokong pengukuhan kerjasama AMMDM Plus dengan Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, India dan New Zealand, terutamanya dalam latihan teknikal, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi serta pelaksanaan Program Kerja Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2026-2030.

"Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara anggota Asean, Sekretariat Asean dan Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan mengenai Pengurusan Bencana (Pusat AHA) untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan mempercepat penyampaian bantuan apabila perlu," katanya.

TopikAhmad Zahid HamidiAseanPengurusan BencanaAMMDMAHA Centre

Berita berkaitan