Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Aaron-Roy King singkir pasangan No 5 dunia Sze Fei-Izzuddin di Masters Jepun

KUMAMOTO: Pasangan beregu lelaki negara, Aaron-Roy King, mengejutkan pasangan senior No 5 dunia, Sze Fei-Izzuddin, untuk mara ke suku akhir Masters Jepun.

Aaron-Roy King, yang menduduki tangga ke-57 dunia, hanya memerlukan 28 minit untuk menewaskan Sze Fei-Izzuddin 21-14, 21-15 pada kejohanan World Tour Super 500 itu di Gimnasium Perfektur Kumamoto.

Pada pusingan pertama Selasa lalu, Aaron-Roy King yang menjuarai Arctic Open pada penampilan sulung mereka bulan lalu turut menewaskan pasangan Jepun No 16 dunia, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi, dalam dua set langsung hanya dalam 25 minit.

Pasangan itu baru bermain bersama dalam lima kejohanan termasuk Masters Jepun. Mereka akan menentang pasangan utama Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, pada suku akhir esok.

Sementara itu, beregu campuran Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tersingkir pada pusingan kedua selepas tewas 12-21, 19-21 dalam 33 minit kepada pasangan pilihan utama China yang menduduki tangga kedua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. Pasangan negara itu berada di tangga ke-14 dunia.

TopikBadmintonMasters JepunAaron-Roy KingSze Fei-Izzuddin

Foto: Peter / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan