Taman Berjaya, dan Jalan Pegawai, Alor Setar merupakan kawasan yang biasanya terlindung dari bencana seperti ini, berubah apabila dilanda hujan lebat pada 22 Mei lepas.
Menurut penduduk setempat yang terkesan, mereka memaklumkan bahawa ini adalah kali pertama Jalan Peremba, Taman Berjaya Alor Setar ini dilanda banjir.
Rata-rata penduduk membuat andaian bahawa situasi ini disebabkan oleh pengurusan sistem pemparitan yang kurang efektif.
Walau bagaimanapun, Warta Malaysia masih lagi belum dapat mengesahkan berapa banyak kerugian yang dialami penduduk.
Berita lanjut bakal menyusul.