Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Dua pasangan beraksi di final Taiwan Masters, Malaysia berpeluang raih dua gelaran

PETALING JAYA: Malaysia berpeluang meraih dua kegembiraan di Taiwan Masters selepas dua pasangan layak ke final di Kaohsiung, hari ini.

Beregu campuran Wee Yee Hern-Vanee Gobi terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasangan tuan rumah Lin Sheng-ming-Sun Liang-ching 21-11, 11-21, 21-8 dalam masa 35 minit di Arena Kaohsiung.

Di final, Yee Hern-Vanee akan berdepan pasangan Korea Selatan, Ki Dong-ju-Jeong Na-eun, yang mengejutkan pilihan kedua Indonesia, Jafar Hidayatullah-Rinjani Kwinnara, 21-16, 18-21, 21-17 pada separuh akhir satu lagi.

Dalam acara beregu wanita, pilihan utama Carmen Ting-Ong Xin Yee memenuhi jangkaan apabila menang meyakinkan 21-13, 21-9 ke atas pasangan Taiwan, Lin Yen-yu-Wang Yi-zhen.

Mereka akan menentang pilihan kedua Indonesia, Isyana Syahira-Rinjani Kwinnara, yang menewaskan pasangan Jepun, Mikoto Aiso-Momoha Niimi, 23-21, 21-13.

TopikBadmintonTaiwan MastersWee Yee HernVanee GobiCarmen TingOng Xin Yee

Foto: Peter / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan