Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Gillian Lim raih emas perseorangan wanita Kejohanan Boling Padang Asia di Doha

KUALA LUMPUR: Boliwer negara Gillian Lim meraih pingat emas acara perseorangan wanita pada Kejohanan Boling Padang Asia di Doha, Qatar hari ini.

Gillian mengumpul jumlah 1,368 pin dalam enam permainan untuk mendahului kedudukan. Pingat perak dimenangi wakil Taiwan, Li Yi-Rou dengan 1,337 pin, manakala gangsa milik Baek Seungja dari Korea Selatan yang mencatat 1,328 pin.

Dalam acara sama, Adelia Nur Irwan menduduki tangga kesembilan dengan 1,256 pin, diikuti Faten Najihah Ahmad Faik di tempat ke-10 (1,250), Nur Syazwani Sahar ke-11 (1,247), Sin Li Jane ke-16 (1,219) dan Nora Lyana Nastasia Norkamal ke-18 (1,201).

Kejohanan itu berlangsung sehingga 22 November.

TopikGillian Limboling padangDohaKejohanan Asia

Berita berkaitan