Sabtu, 28 November 2026
TERKINI
MetMalaysia: Ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan beberapa negeri sehingga 10 pagiSimulasi penuh NIISe di stesen RTS Bukit Chagar bermula 1 DisemberSekurang-kurangnya 22 cedera apabila feri ke Shenzhen langgar dok terapung di Hong KongPolis buru empat suspek samun berkumpulan bersenjata di Sitiawan dan Ayer TawarPolis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di KajangPemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhir

MetMalaysia: Ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan beberapa negeri sehingga 10 pagi

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sarawak dan beberapa negeri lain sehingga 10 pagi Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata cuaca buruk dijangka berlaku di Sarawak di Bintulu (Tatau), Mukah (Mukah dan Dalat), Sibu, Sarikei (Julau), Sri Aman (Lubok Antu) dan Kapit (Song dan Kapit).

Kawasan lain yang terjejas ialah Perak (Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut Matang dan Kerian), Pahang (Pulau Tioman), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Petaling), Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru, Kulai, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian).

Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini.

TopikMetMalaysiacuacaribut petirSarawak

Berita berkaitan