Sabtu, 28 November 2026
TERKINI
MetMalaysia: Ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan beberapa negeri sehingga 10 pagiSimulasi penuh NIISe di stesen RTS Bukit Chagar bermula 1 DisemberSekurang-kurangnya 22 cedera apabila feri ke Shenzhen langgar dok terapung di Hong KongPolis buru empat suspek samun berkumpulan bersenjata di Sitiawan dan Ayer TawarPolis buru tiga lelaki bersenjata parang dan tukul rompak kedai emas di KajangPemain badminton Thailand Pitchamon digantung tiga bulan kerana dadah terlarangAdrian Marcellus dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDECSuhakam gesa guru jalani saringan latar belakang, lindungi kanak-kanak daripada penderaanKenyataan Zahid isu Rohingya-Turkiye memalukan, kata Shahril HamdanZii Jia undur diri suku akhir Syed Modi, Yee Hern-Vannee mara ke separuh akhir

Simulasi penuh NIISe di stesen RTS Bukit Chagar bermula 1 Disember

PUTRAJAYA: Simulasi operasi penuh Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan dijalankan di stesen RTS Bukit Chagar, Johor Bahru, dari 1 hingga 15 Disember ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Di sebelah Singapura, simulasi sama akan diadakan di stesen RTS Woodlands dari 16 hingga 30 Disember.

Kementerian berkata simulasi yang dilaksanakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) itu bertujuan memastikan kesiapsiagaan sistem, anggota dan kemudahan pemeriksaan imigresen sebelum operasi RTS Link Johor Bahru-Singapura bermula.

Stesen Bukit Chagar akan menggunakan sepenuhnya NIISe bagi semua urusan pemeriksaan dan pelepasan imigresen, satu lagi langkah penting dalam transformasi digital pengurusan sempadan negara.

Simulasi itu menguji kestabilan sistem NIISe, termasuk penggunaan aplikasi, kod QR dan pintu automatik (eGate), serta penyelarasan prosedur operasi standard di bawah konsep lokasi bersama kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) antara Malaysia dan Singapura.

Bakal pengguna RTS Link digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe dan menyiapkan pendaftaran lebih awal bagi memudahkan perjalanan merentas sempadan apabila perkhidmatan beroperasi.

"Penggunaan teknologi dan kesiapsiagaan penguatkuasaan yang lebih baik mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan sempadan negara, selain menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan selamat kepada orang ramai," kata kementerian itu.

Pada 27 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sistem NIISe, yang membolehkan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR, dijangka mula dilaksanakan pada Januari tahun depan.

Beliau berkata sistem yang kini dalam fasa percubaan itu membolehkan pemeriksaan imigresen melalui imbasan kod QR menggunakan pasport fizikal atau Kad Ketibaan Digital Malaysia.

TopikNIISeRTS LinkAKPSKementerian Dalam NegeriJohor Bahru

Foto: Seloloving / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan