Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Hong Kong selepas tewaskan pasangan India

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke final Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pasangan India yang menduduki pangkat kelima, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, pada Sabtu.
Wei Chong-Kai Wun mampu menahan tekanan daripada pasangan India itu sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-18, 21-19 dalam tempoh 41 minit di Arena Kai Tak.
Di final nanti, mereka akan berdepan sama ada pasangan Indonesia, Leo Rolly-Daniel Marthin, atau pasangan Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Lee Jong-min.
Foto: 112年全國運動會官方網站 / Wikimedia Commons (Attribution)




